Thursday, 17 November 2011

Siapakah Golongan yang Sesuai Menjalankan Perniagaan Secara Online di Internet?



Telah diketahui umum perniagaan atau pemasaran di internet secara full time atau part time adalah salah satu cara mudah untuk menambahkan pendapatan. Mungkin pada permulaannya,pendapatan yang diperolehi tidaklah sebanyak pendapatan kita bekerja tetapi hanya cukup untuk menampung bil internet bulanan. Namun,dengan kesabaran dan usaha yang konsisten,pendapatan ini akan bertambah dari masa ke semasa dengan izin Allah. InsyaAllah. Namun,siapakah yang layak untuk memulakan langkah pertama ini?


1. Golongan orang bekerja yang mahu menambahkan pendapatan tambahan.
2. Golongan pelajar yang mahu menambahkan duit poket atau menanggung pengajian dan memerlukan part time income tetapi tidak mahu mengganggu jadual kelas pengajian.
3. Golongan suri rumah yang mahu membantu menambahkan pendapatan keluarga tanpa perlu keluar bekerja.
4. Individu yang ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi mempunyai modal yang terhad.
5. Syarikat yang ingin menambahkan kategori produk yang mahu dipasarkan.


Perniagaan atau pemasaran di internet secara full time atau part time ini mampu disertai oleh hampir semua individu yang ingin menambahkan pendapatan tambahan dengan pengurusan masa yang fleksibel mengikut kesesuaian masa sendiri. Untuk memulakan perniagaan ini, konsep yang mudah perlu dipilih seperti perniagaan dropship yang boleh dilakukan tanpa minimum order, tanpa perlu memikirkan bahagian pengurusan yang lain seperti penyimpanan stok, pesanan, pembungkusan, penghantaran, pengurusan pekerja dan sebagainya.

Perniagaan seperti ini boleh dijalankan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses internet seperti rumah, pejabat, kolej mahupun daripada telefon bimbit anda.

Dengan keadaan ekonomi yang serba mencabar ini, mungkin perniagaan atau pemasaran di internet secara full time atau part time adalah salah satu cara mudah untuk menambahkan pendapatan. InsyaAllah.

Maklumat lanjut tentang perniagaan internet ini boleh didapati di sini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...