Disiplin Dalam Perniagaan Dropship Part Time? Sebagai seorang usahawan atau peniaga, faktor yang membezakan kejayaan seseorang usahawan dengan yang lain adalah DISIPLIN. Sebagai contoh,jika kita perlu berurusan dengan potential customer untuk mendapatkan sesuatu peluang perniagaan,pastikan kita menetapkan berapa ramai yang kita WAJIB jumpa setiap hari.
Begitu juga halnya jika kita melakukan perniagaan secara online. Kita mesti menerima bahawa setiap perniagaan perlukan masa untuk meningkat naik dari segi publisiti dan keuntungan. Namun,ia mesti dimulai dengan DISIPLIN yang konsisten. Contohnya,minggu yang pertama,kita berjanji dengan diri kita untuk berada di depan laptop selama satu jam. Jika kita sudah biasakan diri dengannya,kita tingkatkan masa kepada dua jam pula. Dan proses ini berterusan sehingga kita menjadikan hal ini sebagai satu tabiat atau amalan dalam perniagaan walaupun perniagaan part time..
Menurut Islam,tabiat atau amalan akan hanya mula menapak dalam diri seseorang jika ia dilakukan selama 40 hari. Bukan mudah untuk melakukannya. Namun,jika ia dilakukan secara konsisten,DISIPLIN itu akan datang dalam diri kita.
Jangan mengimpikan sesuatu tanpa berusaha. Ingatlah "Training and managing your own mind is the most important skill you could ever own, in term of both happiness and success". Disiplin perlu ada walaupun dalam perniagaan part time.
Wallahualam.


No comments:
Post a Comment