Wednesday, 9 November 2011

4 Kesempatan dan 3 Cabaran Dalam Perniagaan Internet


Dalam dunia perniagaan internet, terdapat 4 contoh kesempatan dan 3 contoh cabaran dalam perniagaan internet di Malaysia khususnya.

4 Kesempatan:

1. Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.

2. Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

3. Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

4. Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia.Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010. Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!

Namun, masih ramai yang tidak mampu menggunakan kesempatan daripada statistik ini kerana 3 cabaran utama dalam memulakan perniagaan di internet.

3 Cabaran:

1. Kekangan modal
2. Kemahiran yang terbatas dan 
3. Kekangan masa.



Sebenarnya, 3 cabaran ini dapat diatasi jika kita memilih model perniagaan yang betul. Klik disini untuk contoh model perniagaan internet.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...