Tuesday, 15 November 2011

4 Maklumat Yang WAJIB Ada Dalam Sesebuah Website Perniagaan Atau Pemasaran (Full Time atau Part Time) di Internet


Apabila memulakan perniagaan atau pemasaran (full time atau part time) di internet, semua orang sudah sedia maklum bahawa laman web adalah elemen yang penting. Selain daripada maklumat, pelanggan juga akan bertambah yakin dengan perniagaan atau cara pemasaran kita yang lebih teratur dan profesional. Ketiadaan laman web sendiri sedikit sebanyak memberi impak yang kurang baik pada imej perniagaan kita.

Setiap orang mempunyai idea dan kreativiti sendiri untuk membina laman web sendiri untuk perniagaan atau pemasaran (full time atau part time) di internet. Apakah maklumat penting yang perlu ada dalam sesebuah laman web? Terdapat 4 perkara penting yang mesti dimasukkan dalam laman web sesuatu perniagaan:

1. Kenapa aku perlu baca atau dengar apa yang kamu cakap?
2. Kenapa aku harus percaya pada kamu?
3. Kenapa aku perlu bertindak dengan apa yang kamu tawarkan?
4. Kenapa aku perlu bertindak sekarang?

Ambillah masa beberapa minit utk fikirkan apa jawapan bagi 4 soalan ni, dan terus masukkan di dalam website anda. Jawapan kepada 4 soalan ini memberi impak kepada keputusan pelanggan untuk membeli atau tidak seterusnya memberi kesan kepada perniagaan atau pemasaran anda (full time atau part time) di internet.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...