Apakah cara mudah dan menjimatkan masa untuk melakukan perniagaan atau pemasaran di internet menggunakan media sosial? Automasikan aktiviti media sosial anda. Contohnya, status di Facebook dikemaskini ke Twitter secara automatik. Klip Youtube terus dimasukkan ke Facebook secara automatik. Artikel di blog terus diimport ke Facebook notes tanpa kerja tambahan. Ini akan mengurangkan kerja anda dalam mengemaskini media sosial anda.
Hampir semua application ini terdapat di internet secara percuma. Luangkan sedikit masa untuk mencari apakah application yang sesuai dengan cara pemasaran anda. Walaupun sedikit masa diperlukan,namun hasilnya pada kemudian hari sangat menguntungkan dari segi pengurusan masa. Cara ini dapat meningkatkan keberkesanan perniagaan atau pemasaran yang anda mahu lakukan secara full time atau part time.

No comments:
Post a Comment