Perniagaan Internet secara part time telah melalui revolusi yang sangat pantas! Sehingga kini, iklim perniagaan ini berubah daripada konservatif ekonomi kepada sosioekonomi yang semakin diterima dan digunapakai oleh syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Coca Cola, Ford, McDonald, Microsoft, Apple dan sebagainya.
Peluang ini digunakan oleh peniaga untuk berniaga di dalam talian. Apabila statistik menunjukkan perniagaan dalam talian sangat menguntungkan, ramai orang cuba menceburi perniagaan online ini.
Namun, ramai orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menghasilkan laman web sendiri, mencari produk atau servis yang sesuai, menguruskan pesanan dan penghantaran, menguruskan inventori dan seterusnya melakukan pemasaran secara online. Ini menyebabkan Perniagaan Internet secara part time ini hanya di dominasi oleh orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang information technology ini sahaja.
Kini di negara-negara maju, wujud satu konsep yang dikenali sebagai program dropship. Di dalam program ini, orang yang ingin berniaga secara online akan diberikan laman web sendiri (kedai online), diberikan produk untuk dipasarkan, di bantu untuk menguruskan pesanan dan penghantaran, dibantu untuk menguruskan inventori dan dibantu untuk mendapatkan pengetahuan tentang cara pemasaran online yang berkesan. Orang yang menyertai program ini, dinamakan dropshipper tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu menanggung kos overhead dan penyelenggaraan yang tinggi. Maklumat lanjut tentang Perniagaan Internet secara part time ini boleh didapati di sini.

No comments:
Post a Comment