Wednesday, 16 November 2011

Perlukah kita mendaftar perniagaan internet kita (full time atau part time) di Google Map?


Untuk perniagaan atau pemasaran di internet secara part time atau full time, pastikan anda menggunakan cabang atau kaedah yang pelbagai untuk memastikan bakal pelanggan anda menjumpai anda dengan mudah. Sebagai contoh,jika anda diberi peluang untuk memilih lot kedai secara fizikal, sudah tentu anda akan memilih tempat yang paling strategik dan mudah dilihat. Pastinya anda akan memilih di kawasan yang mempunyai populasi yang tinggi dan memilih 'corner lot'. Ini semua dilakukan bagi tujuan mudah mencapai pelanggan.

Begitu juga halnya dengan perniagaan atau pemasaran secara part time atau full time di internet. Lebih banyak 'tapak' yang anda gunakan, lebih mudah perniagaan anda mencapai pelanggan yang diingini. Jangan terlalu berharap pada satu medium sahaja seperti blog, tetapi gunalah kombinasi blog, facebook, twitter, dan sebagainya.

Untuk menambahkan peluang laman web anda di jumpai di Google, pastikan anda mendaftarkan perniagaan anda di Google Map. Google Map membolehkan anda meletakkan lokasi perniagaan anda di peta Google disamping memberi maklumat, gambar dan juga video perniagaan anda. Pendaftaran di Google Map adalah percuma. Oleh itu, jangan abaikan peluang ini.

Daftarkan perniagaan anda di www.google.com/placesforbusiness

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...